Wednesday, April 13, 2011

Sastera Islam Brunei

Minggu lalu Kulliyyah kami menganjurkan sarjana dari Universiti Brunei, Dr Haji Morsidi Haji Muhamad yang telah membentangkan 4 kertas kerja mengenai puisi Islam Brunei dan hubungannya dengan puisi Islam nusantara.Sangat cemerlang persembahannya kerana kami di sini (Jabatan Sastera dan Bahasa Inggeris dan Arab) tidak pernah tahu atau terdedah akan karya2 dari Brunei Darussalam.

Saya sangat terkesan dengan penulisan Yahya M.S terutama tentang kematian anak perempuannya (puas dibawa ke London, IJN Msia untuk berubat tetapi akhirnya beliau pergi jua).Telitikan lah rakaman rasa Yahya MS di dalam puisi "Perjalanan Menyambung Nyawa dari Rumah Sakit RIPAS ke IJN di Kuala Lumpur ke Charing Cross Hospital di London":

Di manakah engkau wahai nyawa?
kubawa ini anakku meredah jalanan
dengan nafas-nafas yang tercungap
dan langkah-langkah yang...
[...}

Di ruang gema
turun tawar naik tawar
jarum demi jarum
ampula demi ampula
imbaban demi imbaban
mungkin berpindah mungkin
kalbu yang meluap bimbang
ribut yang datang menggoncang
belum suatu ada yang pasti (dari kumpulan puisi Perjalanan Terakhir Anakku Yang Hilang, ms 19-20)

0 comments: