Thursday, November 29, 2007

Sastera Asia Tenggara

Baru pulang dari satu lagi persidangan antarabangsa di KL. Ramai kenalan baru dan lama. Seronok juga mendengar makalah-makalah mengenai sastera nusantara. Banyak ilmu baru. Terlalu tersusun undang-undang di Tanah Melayu sebelum penjajah datang. Pahang antara negeri yang paling ketat hukum hakam dan kanun siksaannya. Nasib baik tidak lahir di zaman itu.Kalau tidak, akan kena celup minyak panas (macam cerita P.Ramlee!) kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan.Yang sungguh menakjubkan, hukum curi binatang jiran, curi isteri orang semua terperinci.Hari ini, curi lebih dari lembu (atau curi isteri/suami orang) sudah tak makan saman.

Faisal Tehrani berbicara mengenai asal usul boria...ada pengaruh Shia'ah katanya (dari sambutan memperingati kematian Saidina Hussein). Lepas tu dia bercakap mengenai ta'ziyeh.Dia cakap itu drama Islam.I bangun kata itu persembahan drama kepercayaan tempatan di sebuah negara Islam bukan Islamik pun! Orang putih pun kata itu indigenous play.Dia tak kata Islamic.Apa jua rujukan yang mengatakan ini drama Islam harus dinilai dan dicabar kembali sebab ada pengaruh paganism di dalamnya (dari Mesir purba) dan dari segi perpektif Islam, kita tidak boleh taksub akan mana-mana individual.Sedangkan wafatnya Rasul pun tidak digempar-gempurkan sebegitu rupa.Ta'ziyeh bukan semata-mata memperingati kematian Hussein tetapi pengikut2 memukul2 dada dan menangis-nangis kerana mereka percaya dgn cara ini dosa kaum mereka meninggalkan Hussein di saat2 dia dianiaya/dibunuh (pengikut2 telah lari dan tiada di sisi Hussein untuk menyelamatkannya) dapat ditebus.Nyata ini satu amalan yang tidak kita pegang.Bagus juga Faisal kata ada juga Mullah yang tidak setuju dengan drama ini.Memang patut! Ia bukan adab kita!

Rata-rata nusantara kembali menyorot sejarah masing2 dan ini diserap masuk ke dalam novel2 selepas Perang Dunia Kedua dan juga selepas merdeka.Sejarah seperti cuba mengembalikan kegemilangan masa lalu.Gamaknya di sinilah Chee Seng mendapat ilham mengenai mengapa Sejarah Melayu ditulis (sebab bangsa Melayu rasa terhina kerana kalah dengan Portugis?).Saya tidak hadir di sesi beliau (simposium di Manila) tapi mereka yang hadir telah melapurkan diskusi hangat CS dengan Harry Aveling yang mempertahankan Sejarah Melayu klasik itu.

2 comments:

fadzil yusof said...

perspektif berbeza dan menarik. ya, saya pertama kali dengar pandangan ini dek tak sempat mengetahui tentang taziah itu. terima kasih. ehm...betul ke? jika betul, dr faridah kena tulis atau macam mana. satu sarana saja.

Faridah said...

salam.Terima kasih kerana hadir di sini.Blog ini hanya untuk cerita2 serius jadi jarang saya mengemaskinikannya sebab semakin saya tua, semakin saya tidak punya masa menjadi serius.

Satu hari, saya akan kembali.