Minggu ini menyaksikan hanya yang terbaik.Jabatan saya menjadi tuanrumah kepada sarjana MASTERA dari Indonesia, Prof WM Hadi.Saya sudah lama meminati hasil tulisan beliau terutama terjemahan karya sufi Fariduddin Attar dari Persia "Parlimen Burung" (minat asal dari pembacaan puisi Chaucer di kurun 14 England -- tajuk sama "The Parlement of Foules")Prof WM Hadi juga seorang pemuisi sufi dan apabila beliau memberi saya senaskah buku puisinya, saya bukan sahaja menjadi tidak ketahuan/tidak menentu/konfius kerana terlalu gembira,saya terus membaca naskah nipis itu dengan sekali hadap.Sungguhpun Prof WM Hadi bukan seorang Rumi atau seorang Fariduddin Attar, puisi sufinya mempunyai ciri2 tersendiri.Nanti saya tambah sebab buku itu tertinggal di pejabat ketika saya menulis ini.Harap maaf.
Secara keseluruhannya, Prof WM Hadi memang seorang ilmuan yang sangat jujur sifatnya.Beliau telah memberi pandangan jujurnya mengenai pergerakan-pergerakan Islamiah di Indonesia yang kadang-kala memeranjatkan saya.Indonesia adalah lebih terbuka sifatnya di dalam membenarkan kepelbagaian pergerakan Islamiah.Ini tidak semestinya sesuatu yang 100% baik atau 100% tidak baik.Yang nyata pengaruh shiah semakin berleluasa di sana dan ini juga tidak semestinya 100% baik atau 100% tidak baik.Bagi saya shiah muslim (yang masih berpegang kepada Allah itu Esa dan Muhammad itu PesuruhNya)lebih baik dari yang langsung menolak kedua2nya.
Saya juga berpendapat bahawa tidak cukup hanya berbincang mengenai sastera sufi tanpa menerokai kehidupan sufi tetapi menurut Prof WM Hadi, sastera sufi tidak bisa wujud jika penulis tidak melalui perubahan batin secara sufi.Ia bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat atau dipaksa-paksa.
2 hari kemudian saya berjumpa pula dengan bekas perisik Inggeris yang berada di KL sebagai penceramah.Beliau sudah jauh berjalan di dalam kempen kesedarannya ke seluruh dunia.Silalah baca buku Annie Machon, Spies, Lies and Whistleblowers mengenai kisah beliau bersama bekas teman lelakinya (juga bekas perisik sepertinya)membuka tembelang kes pengeboman di London dalam tahuan 90an di mana orang2 Muslim dituduh bertanggungjawab.Sebenarnya mereka mempunyai report di dalam badan perisikan yang mengatakan itu semua kerja perisik Israel dan Blair tahu mengenainya tetapi tidak berbuat apa2 apabila ditekan agar inquiry dibuat.Blair adalah seorang war criminal yang kini menjadi peace broker di Timur Tengah.Alangkah lucunya dunia ini.
William Rodriguez kembali ke KL sekali lagi membawa cerita baru di samping mengulang-tayang kisah lama beliau sebagai last survivor Sept 11.Dia sudah memeluk agama Islam (setelah mendapat ilham dari kita di Malaysia ketika pertama kali dia datang ke sini tahun lalu.Malaysia katanya mempunyai orang2 Islam yang begitu baik akhlaqnya dan mengakui di negara ini, tiada tekanan atau paksaan ke atas bukan Islam untuk memeluk Islam.Tetapi bekas paderi Amerika yang mendorong beliau melafazkan syahadah..Yusuf Estes juga sangat hebat orangnya.Bekas paderi Amerika ini mempunyai laman webnya sendiri.Cuba tekan
1.http://www.islamnewsroom.com/content/view/313/52/
2.http://www.watchislam.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment