Mengikut kalendar Gregory, hari ini tahun baru. Jadi saya mengucapkan selamat tahun baru juga untuk semua yang mengikut kalendar ini.Mungkin satu hari nanti, boleh kita bandingkan sains dan matematik kalendar Gregory dan kalendar Hijrah kita.Tapi kalau tak sabar, google sahaja.Kalendar Hijrah kita datang lebih awal dari kalendar Gregory tapi saya perlu temubual pakar2 tertentu utk perbandingan yang selanjutnya.Buat masa ini, saya agak terdesak sedikit masa saya.Macam2 nak buat tapi masa ada 24 jam sahaja.12 jam daripadanya dok bertegang urat dgn sesiapa sahaja yang fikir idea dia sahaja yang lebih baik dari orang lain.Kat Malaysia ni, tak kiralah kita dah dapat pendedahan apapun, kadang2 mentaliti feudal (sebenarnya superiority complex) tu masih tak dapat dikikis.Kita biasanya bukan pendengar yang baik.
Saya nak tulis entri yang ini pun agak teragak2 sebab buku yang nak saya perkatakan ini kena 'gam'.Tapi saya nak sangat berkongsi dengan pembaca2 semua (macam ramai sgt pengikut! Ha ha) sebab saya rasa sebagai seorang ahli akademik, kami juga patut ada kuasa kebal (macam ahli parlimen di parlimen).Kalau tak, macam mana kita nak maju? Perbincangan/perdebatan di dalam ruang lingkup akademia akan bawa kita kepada fokas yang lain dan ruang sebegini akan dapat memperhalusi keperluan2 semasa kita. Latihan fikir ini perlu supaya kita lebih banyak berfikir dari hanya pandai hantam orang (tanpa ada fakta2 tepat atau tanpa mahu jadi pemerhati/pendengar dahulu).
Buku yang kena gam ini macam buku sebelumnya...kalau ia dijumpai oleh sarjana2 luar, akan meletup sebab kita di Malaysia tak tau menghargainya/atau lebih tepat tidak boleh bercakap mengenainya! Kita gamkan ia. Tiada yang baru bukan? Kita dengar filem ke, iklan ke, TV ke, radio ke, drama ke, yang dah kerap sgt kena gam (tetapi sejak akhir2 ini mungkin tak sekerap beberapa tahun lampau?).
Apa la sangat meng-gam sebuah buku. Sebenarnya buku tak perlu digam (melainkan bahan2 lucah/keganasan sebab memang betul ada teori yang mengatakan pendedahan yang berlebihan bahan2 tidak elok ini boleh merosakkan otak dan mempengaruhi tingkahlaku kita).Buku serius tidak perlu digam sebab rakyat Malaysia tak suka membaca buku2 serius.Yang membacanya pun takkan buat apa2 pun.
Saya akan tulis ulasan buku ini sebentar lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya tidak dapat meneka siapakah penulis bagi buku yang di'gam'.Terasa ingin mengetahui apakah yang terkandung di dalam penulisan beliau....
Post a Comment