Thursday, December 21, 2006

Memoirs of Khadijah Sidek:Puteri Kesateria Bangsa

Hari ini genap dua hari saya membaca memoir wanita hebat ini. Tak boleh letak kerana ia sebuah buku yang cukup istimewa yang telah mengubah cara pandang saya atau cara saya memandang beberapa tokoh2 besar tanah air (sejak tahun 1940an hingga kini dan selamanya).

Tanggapan saya terhadap KS Jomo, Han Suyin, Ibu Zain juga turut berubah kerana buku ini.Jomo, Han Suyin antara orang-orang yang nekad melihat buku ini sampai ke pengetahuan umum.Cuma dalam tahun 1995 (manuskrip asal dibikin dalam tahun 1960an dan diterbitkan serta merta di majalah Eastern Horizon di Hong Kong oleh Ta Kung Pao pertengahan 60an) buku ini diterbitkan di Malaysia selepas ditolak ke hulu hilir.Terjemahan Bahasa Inggerisnya muncul 2001 oleh UKM dan antara yang terlibat ialah Abdul Rahman Embong, Salihah Haji Hassan, Clive Kessler (gambar2).

Tiadalah wanita cekal yang lebih malang dari Khatijah Sidek ini. Dia meninggal di dalam kemiskinan di dalam 1982. Walhal dialah wanita pertama memperjuangkan kedudukan wanita terutama di dalam politik negara kita (asalnya dari Sumatra dan kerana inilah, sama ada di dalam perkahwinannya atau kerjayanya sebagai seorang tokoh politik wanita, dia dilihat tidak lebih dari wanita Indon yang bercita-cita besar oleh musuh2nya.Mereka semua membuat pelbagai untuk menjatuhkan Khadijah.Dan ia jatuh.Tetapi bangun semula)

Khadijah terlalu awal untuk masanya.Dia bercakap tentang hak asasi manusia di dalam dunia tanpa sempadan (dalam 1940an!) dan melihat pemimpin2 UMNO waktu itu terlalu feudal pemikirannya tetapi pada masa yang sama terlalu elitist.Mereka tidak bisa memahami penderitaan dan kemiskinan rakyat biasa. Ini di tahun 1940an tetapi bisa saja kita samakan kini! Khadijah berpendapat hanya golongan bawahan (yang pintar) boleh menjadi pemimpin negara yang berkesan.Ramai pemimpin golongan bangsawan letak jawatan ketika Khadijah diangkat sebagai Ketua Wanita parti politik yang disertainya.

Memoir ini sangat feminis sifatnya walaupun Khadijah amat Islamik orangnya (tetapi ada juga unsur2 kepercayaan karut bawakan dari Sumatra yang ia jiwai.Saya belajar dari buku ini kepercayaan org2 lama dan berasa sungguh tidak selesa membacanya)

Tapi buku ini sangat cemerlang.Seolah2 rahsia negara kita telah bocor apabila membacanya.

Belilah!

0 comments: